jom kahwin

Pekej Deal
PAKEJ 1: Berlian
PAKEJ 2 : Intan
PAKEJ 3 : Zamrud
PAKEJ 4 : Nilam
PAKEJ 5 : Baiduri
PAKEJ 6 : Delima
Perkhidmatan
KAD PERKAHWINAN
BUSANA PENGANTIN
BUSANA MODERN
PERSALINAN
ANDAMAN
MAKE-UP
PELAMIN
GUBAHAN KAMAR
GUBAHAN HANTARAN
DULANG HANTARAN
CATERING
CANOPY
DOOR GIFT
emailkan soalan di kahwinkahwin@gmail.comuntuk maklumat pesanan
Team Members
Jom kahwin adalah satu "one stop shop" yang menyediakan perkhidmatan bridal kepada pasangan yang bakal mengadakan hari bahagia mereka. Jom Kahwin menyediakan berbagai perkhidmatan untuk memudahkan perancangan anda. Di bawah adalah penata rias dan konsultan yang sedia membantu anda melaksanakan impian anda.
Fahmee Abdullah Radzi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Fahmee Abdullah Radzi adalah seorang jurumake-up dan juru dandan yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang kecantikan. Hasil kerjanya pernah menghiasi beberapa muka hadapan majalah popular negara. Fahme juga pernah memberi sentuhan emas nya kepada beberapa artis popular negara. Pengalamannya selama 5 tahun di bidang ini, pasti meyakinkan anda
Hatta Dolmat
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Designer yang mendapat pendidikan dari UITM ini, mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam penciptaan pakaian dan tatarias pengantin. Hasil kerjanya seringkali dipaparkan di majalah tempatan. Rekaan Hatta juga telah banyak diperagakan oleh artis dan model tempatan. Dinobatkan sebagai Most Talented Young Designer award, ditambah pula sebagai pemenang Anugerah Jarum Berlian 2005 dan peraduan Busana Pengantin Thropy Majalah Pengantin, Hatta Dolmat senantiasa bersedia membantu anda.
Hazwani Osman
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pereka muda yang mula meningkat naik ini mendapat pendidikan dari UITM ini. Hazwani mempunyai kebolehan mencipta dan menata rias kedua-dua pakaian wanita dan lelaki. Rekaan pakaiannya telah kerapkali diperagakan di pentas catwalk dan artis tempatan. Beliau juga pernah mencipta suit malam yang dipakai oleh Mawi, Artis no.1 negara untuk Anugerah Bintang Popular 2007
Friday, February 29, 2008
Hantaran
Hantaran perkahwinan adalah menjadi satu kemestian kepada perkahwinan orang Melayu. Kalau dahulu hantaran sekadar dilipat-lipat dan diletakkan di atas dulang, sehinggalah wujud beberapa orang kreatif yang melipat-lipat sejadah, towel, dan bermacam-macam menjadi corak-corak lain seperti masjid, binatang dan sebagainya.

Tapi trend ini sudah tidak popular lagi. Hantaran kini biasanya dibiarkan begitu sahaja, kecuali dihias cantik dengan elemen-elemen bunga, kain, kertas warna, ribben dan sebagainya. Selalunya untuk memastikan hantaran tahan lama, kerana proses membuat hantaran adalah perlahan, selalunya orang memilih bunga plastik, kerana ia mudah didapati, tahan lama dan senang digubah.

Tetapi pemilihan bunga plastik yang salah akan menyebabkan hantaran menjadi nampak murah dan kusam. Jadi adalah penting untuk memilih bunga-bunga plastik atau tiruan yang betul-betul berkualiti dan menghampiri bunga yang betul dari segi tekstur dan rupa bentuk. Ada banyak kedai yang menjual bunga seperti ini. Contoh terbaik yang boleh didapati di SSF dan kedai Sayang You juga beberapa kedai yang banyak di Jalan Masjid India. Bunga-bunga tiruan yang dibeli dari Nilai 3 misalnya adalah tidak digalakkan sama sekali, kecuali anda bijak memilihnya.

Terbaru sekali yang polular buat masa ini adalah mengunakan bunga deep. Bunga deep boleh dikawal warna temanya mengikut kesukaan, tetapi agak mahal. Selain itu anda juga boleh membuat gubahan bunga segar.

Membuat gubahan bunga segar adalah sangat mudah sebenarnya. Kerana ia adalah natural, jadi susunannya boleh mengikut kesukaan kita dan ia akan tetap nampak cantik. Ini kerana adalah normal untuk mengubah bunga segar dengan keadaan yang tidak simetri, ia akan kelihatan lebih menarik.

Yang penting pastikan pemilihan bunga yang baik, mengikut warna tema dan tidak terlalu nampak murah. Dan ketika membuat gubahan cuba dapatkan balance, supaya kesemua hantaran nampak lebih kurang sama. Jangan lupa masukkan elemen-elemen lain yang menambahkan lagi kelembutan gubahan tersebut.

Di bawah ada beberapa contoh gubahan bunga segar untuk 11 dulang hantaran yang dibuat dalam masa 3 jam sahaja.

Selamat mencuba.


------------------------------------------
Perkahwinan ( tak ingat nama pengantin)
Lokasi : Bangi
Tema : Coklat dan kuning
Jumlah Hantaran : 11 dulang
Konsep : Bakul, kotak kayu dan bunga segar.
Bunga : Orkid perang dan Rose Putih

Bahan-bahan yang diperlukan
- Bunga rose, bunga orkid, fern leave, showwhite leave, yellow peacock
- Organza ribbons, colour paper, beads dan tessels.
- Kotak kayu dan bakul
- Spray paint untuk mewarna bakul mengikut warna pilihan


Untuk hantaran ini, warna telah ditetapkan oleh pelanggan brown dan yellow. Dengan memasukkan unsur-unsur gold and bronze akan menambah lagi warna brown dan yellow tersebut. Jadi untuk itu, kotak kayu berwarna coklat dengan gold trimming telah digunakan, dan bakul rotan yang dicat coklat dan dilembutkan dengan ribbon organza supaya nampak lebih mewah.

Untuk menambah kekemasan gunakan kain lapik yang sama warna juga, tetapi tone yang berbeza. Jangan sekali sekala mengunakan kain lapik yang warnanya terlalu contrast. Ini akan menyebabkan hantaran nampak semak dan murah.





Kotak kayu bertrim emas




Bakul rotan

Potpouri.
Al-quran dan sejadah. Cuba jangan gubah seperti di atas sehingga menutup hantaran. Kameraman tak suka macam ni. Menyusahkan mereka.


Sireh Junjung.

Towel.


Biscuit

Whole collection

Collection
collection

Minyak wangi

Baju


Belt.


Untuk maklumat lanjut sila emailkan soalan anda di kahwinkahwin@gmail.com
Selamat Kahwin....

posted by Fiebie @ 12:43 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Tinggalkan Pesanan anda disini.

Hubungi Kami

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Putrajaya
Alamat : A-6-19
Damai Putra, Presint 11
Putrajaya
Phone :012 228 0178
Pengurus : Fahme

Shah Alam
Alamat : 06-5-2
Anggerik Indah
Shah Alam
Phone :017-303 3091
Pengurus : Hatta Dolmat

email kami masalah perkahwinan anda di kahwinkahwin@gmail.com kami sedia membantu anda.
Previous Post
Archives
Links
Template by

Free Blogger Templates

BLOGGER