Semasa bertunang, malam nikah, malam berinai dan hari besar persandingan, satu perkara yang sentiasa berlegar di kepala dua-dua mempelai adalah "cantik kah aku hari ini?"
Untuk membuktikan samada kita kelihatan cantik bak pasangan raja sehari, atau pasangan tangkap muat adalah dari gambar-gambar yang terhasil yang diambil oleh jurugambar selepas beberapa hari perkahwinan di adakah. Sementelah itu, kedua-dua pasangan tertanya-tanya bagaimana rupa mereka ketika hari perkahwinan tersebut.
Bagi mereka yang mempunyai kamera digital, mereka bernasib baik kerana dapat melihat wajah mereka pada hari persandingan awal. Tetapi gambar yang diambil oleh jurugambar professional dan orang perseorangan adalah jauh panggang dari api.
Jadi perkhidmatan jurugambar professional diperlukan ketika majlis perkahwinan supaya ongkos yang dibelanjakan dengan begitu banyak untuk kelihatan cantik untuk dua-tiga hari tersebut dapat diabadikan selama-lamanya dalam bentuk gambar.
Kita kahwin sekali seumur hidup, kecuali beberapa orang sahaja yang merasa kahwin berkali-kali. Jadi adalah penting kita memastikan gambar yang diambil tersebut cantik, atau sekurang-kurangnya berjaya membuat kita rasa cantik.
Saya dan rakan-rakan telah bekerja sama dengan ramai jurugambar professional, semi professional dan tidak professional. Saya amat cadangkan supaya bakal pasangan pengantin untuk melabur sedikit wang, agar tidak rasa terkilan kemudian hari.
Dan dalam banyak-banyak hasil kerja yang pernah saya lihat, saya paling berminat dengan jurugambar ini. Hasil kerjanya bersahaja.
Kebanyakkan jurugambar sekarang mempunyai trend untuk mengambil gambar candid. Gambar candid nampak lebih bersahaja, lebih fun dan lebih dramatik. Ada jurugambar yang mahir mengambil gambar candid, ada yang tidak. Ada jurugambar lain yang mahir mengambil gambar yang biasa sahaja. Tetapi jurugambar ini mahir dalam kedua-duanya.
Hasil kerjanya akan diprint dalam sebuah buku cerita atau dikenali sebagai "story book" yang begitu cantik dan kemas. Hasil kerja editingnya juga baik dan printingnya berkualiti.
Contoh dibawah adalah satu hasil kerja untuk majlis pertunangan seorang client dari Bukit antarabangsa.
Harga yang diletakkan oleh jurugambar ini adalah bermula dari RM1600.00
Sesiapa berminat sila email
kahwinkahwin@gmail.com, saya akan berikan no telefon beliau.
Hai Fahmi.KA ni. KA mila. hehe
Gud business.Napa tak buat dalam fotopages ek?
Nanti lawat lah akak kat azphoto.fotopages.com ek.
wazzup wazzupppppp ;)