Pekej Deal |
PAKEJ 1: Berlian PAKEJ 2 : Intan PAKEJ 3 : Zamrud PAKEJ 4 : Nilam PAKEJ 5 : Baiduri PAKEJ 6 : Delima |
Perkhidmatan |
KAD PERKAHWINAN
BUSANA PENGANTIN
BUSANA MODERN
PERSALINAN
ANDAMAN
MAKE-UP
PELAMIN
GUBAHAN KAMAR
GUBAHAN HANTARAN
DULANG HANTARAN
CATERING
CANOPY
DOOR GIFT
emailkan soalan di kahwinkahwin@gmail.comuntuk maklumat pesanan
|
Team Members |
Jom kahwin adalah satu "one stop shop" yang menyediakan perkhidmatan bridal kepada pasangan yang bakal mengadakan hari bahagia mereka. Jom Kahwin menyediakan berbagai perkhidmatan untuk memudahkan perancangan anda. Di bawah adalah penata rias dan konsultan yang sedia membantu anda melaksanakan impian anda. |
Fahmee Abdullah Radzi |
Fahmee Abdullah Radzi adalah seorang jurumake-up dan juru dandan yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang kecantikan. Hasil kerjanya pernah menghiasi beberapa muka hadapan majalah popular negara. Fahme juga pernah memberi sentuhan emas nya kepada beberapa artis popular negara. Pengalamannya selama 5 tahun di bidang ini, pasti meyakinkan anda |
Hatta Dolmat |
Designer yang mendapat pendidikan dari UITM ini, mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam penciptaan pakaian dan tatarias pengantin. Hasil kerjanya seringkali dipaparkan di majalah tempatan. Rekaan Hatta juga telah banyak diperagakan oleh artis dan model tempatan. Dinobatkan sebagai Most Talented Young Designer award, ditambah pula sebagai pemenang Anugerah Jarum Berlian 2005 dan peraduan Busana Pengantin Thropy Majalah Pengantin, Hatta Dolmat senantiasa bersedia membantu anda. |
Hazwani Osman |
Pereka muda yang mula meningkat naik ini mendapat pendidikan dari UITM ini. Hazwani mempunyai kebolehan mencipta dan menata rias kedua-dua pakaian wanita dan lelaki. Rekaan pakaiannya telah kerapkali diperagakan di pentas catwalk dan artis tempatan. Beliau juga pernah mencipta suit malam yang dipakai oleh Mawi, Artis no.1 negara untuk Anugerah Bintang Popular 2007 |
|
Friday, February 29, 2008 |
Hantaran |
Hantaran perkahwinan adalah menjadi satu kemestian kepada perkahwinan orang Melayu. Kalau dahulu hantaran sekadar dilipat-lipat dan diletakkan di atas dulang, sehinggalah wujud beberapa orang kreatif yang melipat-lipat sejadah, towel, dan bermacam-macam menjadi corak-corak lain seperti masjid, binatang dan sebagainya.
Tapi trend ini sudah tidak popular lagi. Hantaran kini biasanya dibiarkan begitu sahaja, kecuali dihias cantik dengan elemen-elemen bunga, kain, kertas warna, ribben dan sebagainya. Selalunya untuk memastikan hantaran tahan lama, kerana proses membuat hantaran adalah perlahan, selalunya orang memilih bunga plastik, kerana ia mudah didapati, tahan lama dan senang digubah.
Tetapi pemilihan bunga plastik yang salah akan menyebabkan hantaran menjadi nampak murah dan kusam. Jadi adalah penting untuk memilih bunga-bunga plastik atau tiruan yang betul-betul berkualiti dan menghampiri bunga yang betul dari segi tekstur dan rupa bentuk. Ada banyak kedai yang menjual bunga seperti ini. Contoh terbaik yang boleh didapati di SSF dan kedai Sayang You juga beberapa kedai yang banyak di Jalan Masjid India. Bunga-bunga tiruan yang dibeli dari Nilai 3 misalnya adalah tidak digalakkan sama sekali, kecuali anda bijak memilihnya.
Terbaru sekali yang polular buat masa ini adalah mengunakan bunga deep. Bunga deep boleh dikawal warna temanya mengikut kesukaan, tetapi agak mahal. Selain itu anda juga boleh membuat gubahan bunga segar.
Membuat gubahan bunga segar adalah sangat mudah sebenarnya. Kerana ia adalah natural, jadi susunannya boleh mengikut kesukaan kita dan ia akan tetap nampak cantik. Ini kerana adalah normal untuk mengubah bunga segar dengan keadaan yang tidak simetri, ia akan kelihatan lebih menarik.
Yang penting pastikan pemilihan bunga yang baik, mengikut warna tema dan tidak terlalu nampak murah. Dan ketika membuat gubahan cuba dapatkan balance, supaya kesemua hantaran nampak lebih kurang sama. Jangan lupa masukkan elemen-elemen lain yang menambahkan lagi kelembutan gubahan tersebut.
Di bawah ada beberapa contoh gubahan bunga segar untuk 11 dulang hantaran yang dibuat dalam masa 3 jam sahaja.
Selamat mencuba.
------------------------------------------ Perkahwinan ( tak ingat nama pengantin) Lokasi : Bangi Tema : Coklat dan kuning Jumlah Hantaran : 11 dulang Konsep : Bakul, kotak kayu dan bunga segar. Bunga : Orkid perang dan Rose Putih
Bahan-bahan yang diperlukan - Bunga rose, bunga orkid, fern leave, showwhite leave, yellow peacock - Organza ribbons, colour paper, beads dan tessels. - Kotak kayu dan bakul - Spray paint untuk mewarna bakul mengikut warna pilihan
Untuk hantaran ini, warna telah ditetapkan oleh pelanggan brown dan yellow. Dengan memasukkan unsur-unsur gold and bronze akan menambah lagi warna brown dan yellow tersebut. Jadi untuk itu, kotak kayu berwarna coklat dengan gold trimming telah digunakan, dan bakul rotan yang dicat coklat dan dilembutkan dengan ribbon organza supaya nampak lebih mewah.
Untuk menambah kekemasan gunakan kain lapik yang sama warna juga, tetapi tone yang berbeza. Jangan sekali sekala mengunakan kain lapik yang warnanya terlalu contrast. Ini akan menyebabkan hantaran nampak semak dan murah.
Kotak kayu bertrim emas Bakul rotan Potpouri. Al-quran dan sejadah. Cuba jangan gubah seperti di atas sehingga menutup hantaran. Kameraman tak suka macam ni. Menyusahkan mereka. Sireh Junjung.
Towel.
Biscuit
Whole collection Collection collection Minyak wangi Baju Belt. Selamat Kahwin....
|
posted by Fiebie @ 12:43 AM |
|
|
Sunday, August 19, 2007 |
Pemilihan Kameraman |
Semasa bertunang, malam nikah, malam berinai dan hari besar persandingan, satu perkara yang sentiasa berlegar di kepala dua-dua mempelai adalah "cantik kah aku hari ini?" Untuk membuktikan samada kita kelihatan cantik bak pasangan raja sehari, atau pasangan tangkap muat adalah dari gambar-gambar yang terhasil yang diambil oleh jurugambar selepas beberapa hari perkahwinan di adakah. Sementelah itu, kedua-dua pasangan tertanya-tanya bagaimana rupa mereka ketika hari perkahwinan tersebut. Bagi mereka yang mempunyai kamera digital, mereka bernasib baik kerana dapat melihat wajah mereka pada hari persandingan awal. Tetapi gambar yang diambil oleh jurugambar professional dan orang perseorangan adalah jauh panggang dari api. Jadi perkhidmatan jurugambar professional diperlukan ketika majlis perkahwinan supaya ongkos yang dibelanjakan dengan begitu banyak untuk kelihatan cantik untuk dua-tiga hari tersebut dapat diabadikan selama-lamanya dalam bentuk gambar. Kita kahwin sekali seumur hidup, kecuali beberapa orang sahaja yang merasa kahwin berkali-kali. Jadi adalah penting kita memastikan gambar yang diambil tersebut cantik, atau sekurang-kurangnya berjaya membuat kita rasa cantik. Saya dan rakan-rakan telah bekerja sama dengan ramai jurugambar professional, semi professional dan tidak professional. Saya amat cadangkan supaya bakal pasangan pengantin untuk melabur sedikit wang, agar tidak rasa terkilan kemudian hari. Dan dalam banyak-banyak hasil kerja yang pernah saya lihat, saya paling berminat dengan jurugambar ini. Hasil kerjanya bersahaja. Kebanyakkan jurugambar sekarang mempunyai trend untuk mengambil gambar candid. Gambar candid nampak lebih bersahaja, lebih fun dan lebih dramatik. Ada jurugambar yang mahir mengambil gambar candid, ada yang tidak. Ada jurugambar lain yang mahir mengambil gambar yang biasa sahaja. Tetapi jurugambar ini mahir dalam kedua-duanya. Hasil kerjanya akan diprint dalam sebuah buku cerita atau dikenali sebagai "story book" yang begitu cantik dan kemas. Hasil kerja editingnya juga baik dan printingnya berkualiti. Contoh dibawah adalah satu hasil kerja untuk majlis pertunangan seorang client dari Bukit antarabangsa. Harga yang diletakkan oleh jurugambar ini adalah bermula dari RM1600.00 Sesiapa berminat sila email kahwinkahwin@gmail.com, saya akan berikan no telefon beliau. |
posted by Fiebie @ 3:00 AM |
|
|
Tuesday, June 26, 2007 |
Panettone |
Mahukan sedikit kelainan dan class untuk perkahwinan anda? JOMKAHWIN ingin mencadangkan Panettone sebagai hadiah atau doorgift untuk diberikan kepada para tetamu. Penattone adalah roti yeast manis itali.
Panettone dibuat mengunakan doh masam yang mengambil masa 3 hari untuk matang. Dough ini kemudian akan dicampur dengan buah-buahan kering (dry sweet fruit) sebelum dimasak di dalam oven.
Panettone adalah roti yang tidak mengunakan sebarang bahan pengawet, sihat dan boleh bertahan sampai sebulan di tempat yang kering.
Panettone boleh dihias dengan toping chocolate dan dark chocolate, atau royal icing, bagi menepati tema perkahwinan anda.
Panetonne kami dibuat oleh chef yang mempunyai pengalaman di Restoren-restoren di Eropah.
Jika anda berminat, anda boleh mengemail kami di kahwinkahwin@gmail.com untuk sebarang maklumat.
|
posted by Fiebie @ 6:03 AM |
|
|
|
Hubungi Kami |
Putrajaya
Alamat : A-6-19
Damai Putra, Presint 11
Putrajaya
Phone :012 228 0178
Pengurus : Fahme
Shah Alam
Alamat : 06-5-2
Anggerik Indah
Shah Alam
Phone :017-303 3091
Pengurus : Hatta Dolmat
email kami masalah perkahwinan anda di
kahwinkahwin@gmail.com kami sedia membantu anda.
|
Previous Post |
Tinggalkan Pesanan anda disini.
|
Archives |
|
Links |
|
Template by |
|
|